Bulan Jun merupakan bulan berlangsungnya temasya Sukan Perak (SUPER) bermula 01 - 27 Jun 2009 yang memperlihatkan pelbagai acara dipertandingkan untuk mencari bakat baru untuk diketengahkan bagi menghadapi Sukan Malaysia 2010 (SUKMA10). Antara acara yang dipertandingkan termasuk bowling,memanah,olahraga,judo,taekwondo dan sebagainya.Turut mengambil bahagian adalah acara pencak silat yang berlangsung pada 11-14.06.2009 baru-baru ini. Bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , dewan Gimnasium telah menyaksikan pertempuran sengit 10 daerah untuk merebut pingat , antaranya, daerah Manjung,Kinta,Batang Padang,Kerian,Larut Matang Selama,Hulu Perak,Kuala Kangsar,Kampar,Perak Tengah dan Hilir Perak.Sebagai Pengurus dan Ketua Jurulatih daerah Manjung,penulis bertanggungjawab memastikan atlet di bawah jagaan penulis cukup bersedia untuk menghadapi pertandingan tersebut.Sehubungan dengan itu,bersama AJK Kerja Pasukan yang di ketuai oleh Pengarah Latihan En.Azizan bin Othman telah membuat persediaan awal bermula April 2009-9.06.2009 iaitu 2 bulan sebelum pertandingan bertempat di Balai Persilatan Ujung Pasir Pengkalan Bharu Pantai Remis.Dengan kerjasama pengurus Balai Persilatan tersebut iaitu Guru Utama Silat Kuntau Tomoi, En. Muhammad bin Abdullah (Pak Mat Itam) juga merupakan Naib Pengurus pasukan silat Manjung ,latihan dapat dijalankan dengan lebih komprehensif dan praktikal. Akademi Silat Manjung (AKSI) turut menyumbangkan kepakaran latihan dari pelbagai sudut menjadikan pasukan silat Manjung lebih bersedia menghadapi SUPER 2009.
Hasil kegigihan atlet dan kerjasama kesemua pihak,tanggal 14hb Jun 2009, pasukan silat Daerah Manjung telah mengungguli keseluruhan pertandingan dengan meraih 7 pingat emas,2 pingat perak dan 4 gangsa menerusi kelas A putri,ganda putra,regu putri/putri,tunggal putri (emas) manakala kelas B putri dan ganda putri mendapat perak.sementara itu,Kelas D,A,E,F Putra selesa sekadar meraih pingat gangsa.
Namun begitu,penulis amat berbangga dengan pencapaian para atlet silat Manjung kerana menjadi penyumbang terbesar pingat emas keseluruhan bagi meletakkan daerah Manjung di tempat ketiga dalam keseluruhan mata pingat untuk SUKAN PERAK 2009.
TAHNIAH diucapkan !!!

Tidak ada komentar:
Posting Komentar