Merdeka oh Malaysia...Pemimpin dan Rakyat




Salam Merdeka oh Malaysiaku tercinta,selamatkan Malaysia dari bala bencana yang berpunca sesetengah tangan-tangan pemimpin dan rakyat yang lalai dan cuai dengan Allah SWT.Alhamdulillah Ya Allah hari ini genaplah 52 tahun umur kemerdekaan negara Malaysia tercinta ini sejak bermulanya merdeka 1957 .Merdeka oh Malaysia di mana titik keutuhannya bermula?..adakah hanya laungan suara,mengibarkan bendera,mengatur slogan yang indah,mencipta logo tema yang simbolik, semua ini sesiapa pun boleh lakukan kerana hanya sementara kuasa semangatnya.Namun pun begitu syukur kerana cara itu juga mengajak dan menyedarkan golongan muda selepas merdeka untuk tahu tentang hari sambutan merdeka.Titik keutuhan itu adalah niat dan maksud yang berlandaskan hakikat merdeka sebenar Negara Malaysia.Maksud merdeka ini bukan subjektif sehingga pelbagai prespektif pandangan tentang merdeka dan yang lebih teruk langsung tidak tahu apa itu merdeka.Pemimpin harus mengkaji dan meneliti mengapa “KITA” membiarkan maksud merdeka ini bebas untuk di katakan apa saja,sehingga ada yang memaksudkan merdeka ini “BEBAS” segalanya hingga cara sambutannya di terjemahkan dengan perbuatan mungkar.Sebagai contoh, Jika rakyat membuat reformasi di jalanan mengapa begitu cepat “KITA” sebagai pemimpin mengatakan jangan ikuti cara barat untuk menyuarakan pandangan,sedangkan kita ada adab kesopanan cara tersendiri melalui demokrasi aman.Persoalannya apabila rasa terancam baru hendak menegah?..jika tidak terancam maka senyap dan biarkan walaupun kemungkaran depan mata.Berbalik kepada maksud merdeka tadi terutama golongan muda tidak seharusnya “KITA” membiarkan mereka melontarkan maksud yang begitu menyimpang pada paksinya sebenar hingga apa yang mereka katakan itu halal di telinga pemimpin dan di sisi agama,maka tanpa segan silu mereka ini buat apa saja asalakn “BEBAS” kerana “MERDEKA ITU BEBAS”katanya.Wahai pemimpin jika “KITA” tidak genggam erat hati anak muda sudah pasti pemimpin akan datang adalah mereka yang cetek tentang “KEBENARAN” dan islam akan wujud hanya pada kulitnya sahaja kelak dan mengundang bala bencana lebih teruk apa yang di lalui sekarang.Buatlah ketetapan erti merdeka ini mengikut kehendak garisan Islam untuk dan pengertian ini di tetapkan seperti “RUKUN” di mana tiba kemerdekaan hanya Rukun itu sahaja diucapkan kemudian terpulang di benak fikiran mereka untuk tersiratkan untuk pada dirinya.Tujuan Rukun Merdeka ini adalah untuk mengunci kalam pertama yang tidak baik di ucapkan umpama “BEBAS”,”MERDEKA BEBAS SEGALANYA”,”MERDEKA UNTUK APA SAJA DI LAKUKAN”..dan lain-lain lagi.Bagi mereka faham tentang UTAMA erti merdeka itu hingga menjadi “RUKUN MERDEKA”,di situ bermulanya pendidikan pemimpin dan rakyat.Umpama solat jika tertinggal rukun tidak sah solat itu,begitulah “RUKUN MERDEKA”..jika tidak tahu maka tidak lengkaplah diri seseorang itu(dengan sendiri akan terasa)untuk menyambut kemerdekaan.Kepada pemimpin hari ini teruskan kepimpinan dan fikirlah dengan ikhlas tentang umat negara ini terutama pemimpin politik jangan terlalu berpolitik bercakap menyembunyi perkara sebenar kesannya pada hati rakyat akan berubah dengan izin Allah SWT…hayati ayat ini sebagai peringatan kepada pemimpin kecil dan besar yang memerintah atau pembangkang :…”wahai orang-rang beriman,jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan,menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerbatmu.Jika ia kaya atau miskin,maka Allah lebih tahu kemaslahatannya.Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu karana ingin menyimpang dari kebenaran.Dan jika kamu memutar balikkan(kata-kata)atau enggan menjadi saksi,maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengatahui segala apa yang kamu kerjakan..”..(An-Nisa :135)….Merdeka di bulan Ramadhan ini sungguh istimewa buat kita..renunglah anak-anak melayu dan pemimpin, Allah SWT masih kasihkan negara ini jagalah,jagalah dan jagalah..pelihara solat, itu lah kunci keamanan negara kita.Kepada rakyat-rakyat yang menyokong atau membangkang hayati ayat ini:..”Daripada ‘Awf bin Malik al-Asja’I beliau berkata yang bermaksud : Aku mendengar Rasullullah s.a.w bersabda ; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu.Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci dan mereka bencikan kamu,kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Kami berkata; Wahai Rasullulah s.a.w.,bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat maka hendaklah dia menbenci maksiat yang dilakukannya itu dan jangan sekali-kali mencabut ketaatan”..(Riwayat Muslim dan Ahmad)…hayatilah wahai umat melayu sejagat bangkitlah bersatu sesama islam bangunkan negara dengan aman dengan silaturahim yang erat,bersihkan hati,jiwa dan Roh sesuci-sucinya dengan kehendak Allah SWT dan jalinkan ukhwah juga kepada mereka yang bukan islam agar mereka juga mengatahuai islam tidak menindas mana-mana agama pun.Ini lah Rasullulah s.a.w ingin lihat kepada sesebuah negara yang di pimpin oleh orang islam.Ya Allah kembalikan Roh kemerdekaan sebenar kepada Negara ini dahulunya bernama Tanah Melayu amin..

Tidak ada komentar: