Isu Baca Al Quran..(Pembesar Suara)




Assalamualaikum wbt..selamat berpuasa.Bulan Ramadhan amat besar Rahmat Allah SWT dan taufik dan hidayahNya kita memperolehi jalan yang benar lagi menyenangkan kehidupan seharian.

Hari ini kita umat islam di kejutkan mengenai larangan Jabatan Agama Islam P.Pinang yang melarang mengunakan pembesar suara atas tujuan membaca Al Quran atas sebab menganggu ketenteraman awam sekeliling.

Hal sedemikian saya meminta agar umat islam menutup mulut sebentar dan lebarkan muatan minda agar boleh menerima ilmu pengatahuan tambahan untuk kita sama-sama mengimbangi situasi ini dengan ilmu dan bukanya dengan emosi dan amarah.

Islam itu segalanya sederhana dan sempurna,begitu juga dalam amalan dan cara hidup juga di tuntut agar lebih bersederhana.Ramai umat islam agak berang dan politikan keputusan Jabatan Agama Islam P.Pinang itu adalah tidak wajar dan menyalahi hukum dan mencemari Islam.

Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak

Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Hal penambahan inilah saya katakan harus kita membuka minda untuk menambah pengatahuan untuk mengimbangi permasalahan yang berlaku demi untuk menegakan ajaran Nabi SAW.

Mungkin kita sudah terbiasa dengan amalan mengunakan pembesar suara dalam apa jua majlis untuk bacakan ayat suci Al Quran dan ini menjadi amalan harian juga kita terleka tentang batas-batas atau garis panduan untuk jadikan sesuatu bacaan itu dalam amalan.


Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Inilah saya maksudkan nilai tambah pada minda kita agar dapat kembali kepada asal ajaran Nabi SAW agar hal ini di tangani dengan aman,berilmiah dan sederhana dalam tindakannya.

Dalam tindakan yang bijaksana,masih boleh mengunakan pembesar suara adalah dengan peka keadaan sekeliling dan keadaan agar tiada yang terganggu dan menyakiti orang lain dalam menunaikan ibadat yang lain.

Maka inilah tambah nilai minda kita harus kita sama-sama ketahui membezakan antara amalan harian dan amalan mengikut hukum syarak..yang mana harus diikut? fikirkan.


Tidak ada komentar: