Politik "Tabiat Anjing" dimana maruah..

Semoga pembaca blog ini sihat walafiat dan sentiasa diberi petunjuk benar dari Allah SWT.Sedar atau tidak kita telah melalui satu fenomena baru dalam arena politik Negara.Sukar untuk kita katakan keadaan ini adakah selamat atau tidak khususnya rakyat Malaysia. Mungkin ada yang setuju atau mungkin tidak bersetuju apa yang saya katakan ini iaitu "Politik Tabitat Anjing"...bunyi agak kasar tapi mari kita renungkan sama-sama.


1.Anjing sejenis haiwan taat dan setia

2.Anjing menjaga tuannya dan harta tuannya.

3.Anjing menyalak kuat apabila ada suasana mengancam atau bermain.

4.Diberi makan dia akan makan,tidak bagi makan dia menyalak marah.

5.Walaupun boleh dijinak tetapi adakala tuannya sendiri pun kena serang oleh anjingnya.


Ada kata pepatah.."menolong anjing yang tersepit"..selesai ditolong maka diserang olehnya semula.Sikap orang politik zaman kini yang telah jauh dari landasan asal hingga nilai maruahpun digadai.lihat apa persamaan dengan si Anjing :-


1.Pengikut politik memang setia pada ketuanya.


2.Pengikut politik memang taksub hingga sanggup membela dan menjaga ketuanya.

3.Pengikut politik membuat provokasi,tindakan susulan yang huru-hara demi menjaga ketuanya.

4.Apabila ketuanya memberi habuan maka sukalah puak pengikutnya,jika tidak dapat habuan,...bising,marah-marah ketuanya.

5.Apabila ketuanya melonjakkan nama pengikut setianya kemudian makan tuan akhirnya.


Inilah sikap tabiat orang politik pada zaman kini begitu rendah nilai maruah diri kadang kala langsung tidak teringat akan tabiat buruknya.Ini terjadi adalah kerana ilmu keagamaan yang agak nipis,selain dari itu sikap Pemimpin yang ambil mudah untuk berdepan dengan pengikutnya mengunakan wang sebagai titik nokhta segalanya.


Hari ini tren pemimpin campakan wang ringgit atas meja kerana tidak mahu dengar keluhan-keluhan demi perkukuhkan bangsa,agama dan negara.Pemimpin juga takut pada bayangnya sendiri,bimbang kesenangan pengikutnya melebihinya..takut-takut akan melawannya semula.Hal ini terjadi mungkin kerana sejarahnya.Mengapa kini orang politik bersikap seperti tren "politik tabiat anjing"?..inilah persamaannya,anda sendiri lihat kenyataannya yang berlaku.Merasa megah jadi manusia tetapi hati,sikap,tabiat seperti haiwan.


Kini pemimpin suka kepada yang menjadi pengikutnya seperti Anjing..ditarik,usung kesana sini..buat keja siang malam hakikatnya bila si Anjing tidak digunakan akan campak merata-rata tempat.Zaman akhir zaman sudah kembali kini manusia adalah haiwan yang haiwan seperti manusia..siapakah yang menghinakan diri sendiri? tanyalah diri,yang membezakan dua mahluk ini adalah iman sejati.


Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” Al Hujuraat 18






Tidak ada komentar: