DI mana DIA yang AKU cari

Kepada budiman jiwa,sejahterakan kata-kata kalian dengan hati yang rebah hancur hingga tiada guna nilai di duniawi ini.Cari lah yang "Haq" Apa yang pasti Alam yang sebenar kita adalah Alam RahsiaNYA.Tiada siapa boleh membongkar melainkan Sang Pencipta.Mahluk yang mulia tiada mati tapi mati di benak fikiran sahaja.DisisiNya hidup penuh sempurna tiada sempadan mula dan akhir,kenikmatan Rahmat untuk yang di kasihi untuk di cintai ini tiada titik hentiNYA...bukan mudah seperti mana aku katakan,bukan mudah seperti aku tunjukan,bukan mudah seperti aku pesan-pesankan,laluan jalan ini teramat halus..halus lagi di luar jangkaan kita tiada tempat untuk di fikirkan melainkan kalian di atas jalan BENAR dan YAKIN untuk berada dalam HAQ NYA.


Banyak amalan kalian cuba,banyak jalan kalian redah,banyak cara tafsiran kalimah kalian ucapkan dan banyak bapa guru-guru kalian hadapi.Ya benar,tidak benar,salah di salahkan,was-was,kemungkinan,pasti,yakin ini kalam ilmu kalian?..berhati-hati lah ''mencari'' berwaspada pada setiap hentian jalan,gugurnya iman amat mudah kerana perbuatan si jahil ketuhanan dan wajah iman (pakaiaan/zahir) amat susah gugur kerana nafsu,ego,riak,yang menyerikan "iman"..tidak hairan lah hari ini pakaiannya seperti berilmu tetapi ilmunya tiada Ruh yang merobek jiwa sanubari bagi yang dahagakan KEBENARAN HAQ.


Kuasai asas yang kukuh kerana Rasullullah S.A.W bermula di dunia ini juga dari asas pembelajaran islam syariat melalui wahyu Allah S.W.T yang merangkumi asas kehidupan,kekeluargaan,sosial kemasyarakatan,kepimpinan,kenegaraan,kebajikan,ekonomi,pembangunan,keilmuan,falsafah dan lain-lain terlalu banyak hingga perkara-perkara ghaib yang di luar kotak akal juga Baginda lakukan.


Ayuh..muhasabah diri jangan terlalu mahukan imbuhan dalam amalan apa lagi jalan ilmu ketuhanan ini bukan mudah yang di sangka tapi teramat mudah apabila di debatkan.YA ALLAH pancarkan diri AKU dengan NUR MU sempurnakan dengan kehendakMU.

Tidak ada komentar: