ISRAK dan Mikraj atau perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Baitulmaqdis dan naik ke Sidratul Muntaha, kemudian kembali ke Mekah dalam waktu singkat merupakan peristiwa yang sukar diterima oleh akal yang rasional kecuali melalui pendekatan iman. Satu perjalanan spiritual yang paling tinggi yang tidak pernah dialami oleh mana-mana Nabi pun. Ia dianggap mukjizat kedua terbesar setelah al-Quran.
Para ulama banyak berselisih pendapat tentang bilakah terjadinya Israk dan Mikraj. Sebahagian ulama berpendapat ia terjadi pada malam 7 Rabiulawal, sebahagian yang lain pula menyatakan 27 Rabiulawal dan ada yang mengatakan pada 29 Ramadan. Namun sebahagian besar ulama antaranya seperti Al-Allamah Al-Manshufury berpendapat Israk dan Mikraj terjadi pada malam 27 Rejab.
Demikian juga perselisihan pendapat tentang jumlah atau berapa kali terjadinya Israk dan Mikraj, tentang bagaimana terjadinya iaitu adakah dengan tubuh kasar (jasmani) atau tubuh halus (rohani) atau rohani sahaja, apakah ia termasuk mukjizat Nabi atau tidak dan sehinggalah dalam menentukan tempat menjadi titik tolak perjalanan Israk itu.
Selepas pelbagai penafsiran dan pendapat mengenai cara bagaimana Israk dan Mikraj itu terjadi, peristiwa ladunity (Ilahi) itu diakui kebenarannya oleh segenap umat Islam. Dalam kaitan masalah tersebut, kenyataan menunjukkan ia benar-benar berlaku meskipun hanya hadis yang membicarakan peristiwa Israk dan Mikraj. Penyebutannya dalam al-Quran dapat dikatakan amat sedikit. Kerana itu wajarlah jika timbul pelbagai pendapat dan pentafsiran. Yang perlu kita ketahui adalah cara al-Quran dalam mengemukakan suatu peristiwa sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w tidak sama dengan cara yang ditempuh oleh para penulis kitab-kitab Sirah, atau buku-buku sejarah yang lainnya. Ia merupakan salah satu ciri-ciri khas al-Quran.
Penjelasan al-Quran mengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi, baik yang ringkas mahupun yang panjang, memang berbeza sekali dari penjelasan yang lazim diberikan oleh penulis buku. Al-Quran tidak mengutamakan besar atau kecilnya skala kejadian, tetapi lebih mengutamakan kandungan hikmahnya yang dikehendaki Allah s.w.t.
Keimanan
Penyajian yang ringkas ini mungkin bermaksud menguji keimanan, mana yang mantap dan mana yang goyah di kalangan para pengikut Rasulullah s.a.w, yakni kaum Muslimin. Ia ditunjukkan oleh kenyataan bahawa beberapa orang yang pada masa itu telah memeluk Islam terus menjadi murtad setelah mendengar berita tentang Israk dan Mikraj. Itulah yang menjadi dasar pentafsiran yang menegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj merupakan ujian bagi kaum Muslimin.
Sejauh mana hikmah yang dikehendaki Allah s.w.t dalam peristiwa besar itu, kita tidak dapat menjangkaunya, akan tetapi dengan disebut peristiwa itu di dalam al-Quran telah memberi dorongan kepada kita untuk berfikir dan merenungkan kekuasaan Allah s.w.t Yang Maha Mutlak.
Sebenarnya adalah tidak wajar diberi tempat untuk perdebatan yang berlarutan yang timbul di zaman dahulu dan sekarang mengenai hakikat peristiwa Israk dan Mikraj yang nyata berlaku dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Jarak di antara Israk Mikraj dengan roh, jasad, atau jarak di antara melihat dalam masa tidur atau melihat dalam masa jaga adalah jarak yang tidak jauh.
Ia tidak sedikit pun menjejaskan hakikat peristiwa ini sebagai satu peristiwa yang telah mendedah dan membuka kepada Rasulullah s.a.w tempat-tempat dan alam yang amat jauh dalam sekilas masa yang pendek sahaja. Orang yang memahami sesuatu daripada hakikat kudrat Ilahi dan hakikat nubuwah, tidak sedikit pun memandang ganjil kepada peristiwa itu.
Segala kerja yang kelihatan berbeza-beza dari segi mudah dan payah pada pandangan manusia mengikut ukuran kudrat dan pemikiran mereka atau mengikut apa yang dibiasakan dan difikirkan mereka adalah sama sahaja di hadapan kudrat Ilahi. Sesuatu kebiasaan yang dilihat di alam manusia itu tidak boleh dijadikan hukum dalam penilaian segala perkara dibandingkan dengan kudrat Allah.
Hakikat nubuwah pula ialah perhubungan dengan al-Mala'ul-A'la, iaitu perhubungan yang bukan menjadi ukuran atau kebiasaan kepada insan-insan yang lain (daripada para Rasul). Kebolehan menjelma di tempat atau di alam yang jauh atau kebolehan sampai di tempat yang jauh dengan wasilah yang diketahui umum dengan wasilah yang tidak diketahui umum bukanlah sesuatu perkara yang lebih pelik daripada perhubungan dengan alam al-Mala'ul-A'la dan menerima wahyu darinya.
Abu Bakar telah berkata benar apabila dia memulangkan perkara yang dirasakan pelik dan ganjil oleh kaum Musyrikin kepada hakikat yang mudah dan biasa dengan katanya: ``Aku percayakan beliau lebih dari itu lagi, iaitu aku telah percaya bahawa baginda membawa wahyu dari langit (Allah)!''
Kebenarannya
Di antara perkara yang menarik perhatian sehubungan dengan peristiwa ini, yang mana kebenarannya ternyata kepada kaum Musyrikin dengan bukti fizikal yang dipinta mereka, iaitu bukti kafilah (dalam perjalanan balik ke Mekah) dan sifat-sifatnya, ialah Rasulullah s.a.w tidak mendengar nasihat Ummu Hani yang menyatakan kebimbangannya bahawa baginda akan didustai oleh kaum Musyrikin kerana peristiwa itu sangat ganjil.
Kepercayaan Rasulullah s.a.w kepada kebenaran yang dibawa olehnya dan kebenaran yang berlaku kepadanya membuat baginda sanggup menceritakannya kepada mereka dengan terus terang tanpa mempedulikan apa sahaja pendapat mereka terhadap dirinya. Sesetengah mereka telah bertindak keluar dari Islam dan sesetengah pula menggunakan peristiwa itu sebagai bebanan ejekan dan menanamkan keraguan, tetapi semua itu tidak dapat mematahkan keazaman Rasulullah s.a.w untuk mengumumkan secara lantang kebenaran yang dipercayainya.
Ini adalah menjadi contoh teladan kepada para pendakwah agar sanggup menerangkan dakwah yang benar itu dengan berterus terang tanpa menaruh kebimbangan terhadap kesannya di dalam hati manusia, tanpa mengampu-ampu untuk mengambil hati mereka dan tanpa berusaha mencari titik-titik kebenaran yang hendak dikemukakan kepada mereka.
Satu perkara lagi yang menarik perhatian ialah Rasulullah s.a.w tidak menggunakan peristiwa ini sebagai mukjizat untuk membenarkan kerasulannya sedangkan kaum Musyrikin mendesak beliau supaya menunjukkan mukjizat-mukjizat. Dan kini sekurang-kurangnya telah terbukti kepada mereka kebenaran peristiwa Israk itu. Ini kerana dakwah Islam tidak bergantung kepada mukjizat, malah bergantung kepada tabiat dakwah dan kepada cara dakwah itu sendiri yang diambil dari fitrah manusia yang lurus, yang sesuai dengan daya-daya pemikiran mereka setelah ia dibetulkan.
Pengumuman peristiwa ini yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan terus-terang itu bukanlah terbit kerana beliau berpegang kepadanya untuk membuktikan sesuatu daripada kerasulannya, malah ia merupakan pengumuman hakikat yang diyakini benar oleh baginda, iaitu pengumuman semata-mata kerana ia adalah benar.
Isra’ Mikraj adalah hari penting untuk UMAT ISLAM. Sirah (sejarah Rasul) penuh HIKMAH untuk kita YAKIN DAN TINGKATKAN NILAI KEIMANAN KITA kepada kekuasaan ALLAH. IA juga HARI ULANGTAHUN SOLAT 5 waktu untuk umat Islam. Maka, tahun ini, umur SOLAT sudah kira-kira 1432 tahun (peristiwa Isra’ & Mikraj berlaku kira-kira 2 tahun sebelum Hijrah).
Isra’ & Mikraj menyaksikan kepada kita banyak KEAJAIBAN, selain ia merupakan PENGALAMAN RASUL BERTEMU JIBRIL DALAM RUPA ASALNYA BUAT KALI KEDUA, peristiwa ini juga menyaksikan hikmah-hikmah antaranya:
1. Peristiwa perjalanan Isra’ Rasul pergi dan balik antara Masjidil Haram di Mekah dengan Masjidil Aqsa di Palestin dalam masa semalaman.
2. Fakta tentang kenderaan buraq (berasal dari perkataan barq yang bererti kilat).
3. Peristiwa Perhimpunan SELURUH NABI & RASUL di Masjid Aqsa. Rasul Muhammad mengimamkan solat sunat berjamaah. Kedudukan Rasulullah sebagai KETUA rasul-rasul dan nabi-nabi.
4. Peristiwa Mikraj dan kisah di langit-langit yang 7 serta arasy yang seterusnya.
5. Peristiwa Ijazah SOLAT kepada Rasul. Satu-satunya Firman ‘1 to 1′ yang di terima Rasulullah SECARA TERUS DARI ALLAH tanpa pengantaraan Jibril.
6. Peristiwa turun naik rasul untuk minta pakej diskaun kepada JUMLAH SOLAT dari 50 hingga ke 5 kali sehari semalam.
7. Peristiwa Abu Bakar mendapat gelaran Al-Siddiq atas keikhlasannya tanpa ragu menerima kisah pengalaman rasul ini.
Dan berbagai pengajaran dan kisah yang lain…
Maka, tahun ini (1430 / 2009) ISRA’ & MIKRAJ akan menjelma lagi pada hari ISNIN 20hb Julai, 2009 bersamaan 27hb Rejab, 1430.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar