Dunia tergempar hangat dengan kontroversi dua negara di asia tenggara yang terkenal kemuafakatan saling kerjasama dalam pelbagai bidang.Negara Malaysia terkenal dengan berbilang kaum hidup bertolenransi dangan bangsa-bangsa kaum yang ada sejak sebelum,selepas dan hingga kini .
Manakala negara Indonesia pula terkenal dengan penduduk islam yang majoriti terbanyak dunia serta pengamalan tradisi yang kuat hingga kini.Beberapa hari yang lepas satu tragedi salah faham telah berlaku di antara dua negara ini mengenai tarian pendek yang dikatakan oleh pihak kerajaan indonesia bahawa Malaysia telah menciplak tarian pendek ini dalam promosi agensi pelancongan sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-52.
Ini mendatangkan rasa tidak puas hati rakyat Indonesia hingga wujud kumpulan samseng jalanan yang bergelar Relawan Ganyang Malaysia.Ini mengingatkan kita zaman lampau terjadi satu konfrantasi Indonesia-Malaysia yang ketika itu Presiden Indonesia Sukarno membantah penubuhan Malaysia pada 16 september 1963 kerana menggagalkan usaha indonesia mewujudkan Indonesia Raya yang menggabungkan Tanah Melayu ketika itu.
Sejak dari peristiwa itu hingga kini ada beberapa kelompok/kumpulan sering membakar api hubungan dua hala ini hingga tercetus satu pergeseran serius.Berbalik kepada isu tarian pendek tadi,adalah berpunca dari klip tayangan sempena hari kemerdekaan untuk promosi Malaysia kepada dunia melalui saluran media Discovery channel yang di hasilkan oleh Discovery Network Asia Pasifik di Singapore,setelah tamat klip berkenaan terdapat enam (6) rancangan susulannya namun dalam rancangan tersebut tidak memuat pun tarian pendek ini sebagai tarian tradisi Malaysia.
Siapakah yang mengapi-apikan situasi ini hingga fitnah disebar luas?..dimana peranan kerajaan indonesia dalam siasatan dan apakah peranan media?..mengapakah singapore menghasilkan klip ini sedangkan mereka tidak tahu menahupun tentang adat tradisi dua negara ini?..hingga terjadi membakar bendera jalur gemilang,adakah ini semangat kejiranan atau semangat nasionalisme sempit yang di tunjukkan oleh Indonesia dan tahap yang tidak peka pula kepada Singapore tentang sensitiviti masyarakat melayu sejagat?...awas ya,jika pemimpin saling alpa dalam usaha eratkan silaturahim sebenar hingga ke akar umbi kedua negara maka akan terjadi drama yang lebih serius lagi,sayangi dunia melayu..sayangi dunia islam usah pedulikan perbeza budaya dan adat ini apa yang penting kita saling bersaudara 1 keluarga dari keturunan rumpun yang sama.
Mengapakah perbezaan budaya ini menjadi titik pegeseran dan tidak jadikan perbezaan ini sebagai titik keindahan budaya Melayu sejagat memartabatkan bangsa pada mata dunia.Allah SWT mencipta perbezaan di dunia ini adalah untuk saling menyempurnakan bukan untuk perbalahan. Contoh : Allah SWT cipta manusia yang berbeza iaitu lelaki dan perempuan,jika saling memahami maka wujud kasih sayang lalu wajud kelahiran baru maka wujud lebih ramai yang berbeza namanya,budayanya,agamanya keturunannya..maka inilah kesempatan umat manusia saling mengambil perbezaan itu satu keindahan alam ciptaan Tuhan saling perlu memerlukan.
YA ALLAH ERATKAN KASIH SAYANG BANGSA MELAYU MENJADI SATU BANGSA YANG KUAT,MENJADI BANGSA PENERAJU ZAMANNYA TERSENDIRI,DI HORMATI OLEH BANGSA YANG LAIN,YA ALLAH BANGUNKAN TEGAKKAN JATI DIRI YANG KUKUH DALAM SANUBARI ISLAM ITU IKATAN KAMI BERSAUDARA DUNIA DAN AKHIRAT.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar