Lembaran baru islam sejagat..

Ramadhan menghampiri detik berlalu, kini Syawal membuka tirai..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin .Jadikan Ramadhan satu azam , Syawal lembaran kemenangan baru untuk seluruh umat Islam. Peperangan diri dengan nafsu sepanjang Ramadhan lalu mengajar kita betapa pentingnya kesabaran dalam diri seseorang. Diri ini ibarat dunia,yang mengancam dunia (diri) pula adalah nafsu.




Manakala senjata untuk melawan atau memeranginya adalah Puasa dan kesabaran. Bagi kita yang hidup di atas bumi Allah ini jelas peperangan yang berlaku amat hebat (yakni) membunuh bangsa agama lain dengan zalim dan kejam, dan hari ini negara Islam pula menjadi sasaran. Di mana slogan keamanan negara islam kini, di mana Rahmat Tuhan pada negara islam ini…apakah kesilapan yang telah mereka lakukan sehingga tercetusnya kemudharatan dan kemelaratan impak dari peperangan. Sedar atau tidak hari ini umat Islam sebahagiannya lalai dalam mentauhidkan Allah SWT. Sedangkan inilah senjata sebenar umat Islam untuk hidup lebih aman damai dan di curahi Rahmat.


Sempena syawal ini hayatilah pada diri kita adakah cukup apa yang kita lakukan untuk Sang Pencipta. Tanamkan azam baru sempena Aidilfitri ini untuk menjadi bangsa Melayu, agama Islam yang sejati. Banyakkan beramal dan hentikan segala kecuaian kepada Allah SWT sehingga musnah bumi dijajah(perang). Ketenangan alam ini bermula dalam diri. Bermulalah dengan mentauhidkan Allah. Syawal ini hari kemenangan..teruskan kemenangan ini pada bulan-bulan yang lain , insyaALLAH jika kita buat maka kita "mendapat".


SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH BLOGGER BERAGAMA ISLAM.KAD RAYA INI PENGGANTI SAYA UNTUK KALIAN.BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

2 komentar:

Putra Al-Maliki mengatakan...

salam aidilfitri. maaf zahir & batin... =)

Are'Ja_(",) mengatakan...

salam ziarah, salam aidilfitri... :D