Menyentuh perasaan..

Penaung SPIDOX team of bloggers saudara Mohd Shahril bin Yahaya menziarah warga emas di Kampung Pasir Pandak lekir Perak yang miskin perlukan bantuan.Penyampaian beras merupakan sumbangan tanda silaturahim penaung kepada masyarakat.Pada hari tersebut sebanyak tujuh (7) buah rumah menerima kunjungan kasih Penaung dan rombongan AJK seramai sembilan (9) orang.Akan di teruskan demi Bangsaku Tercinta.Sama-sama kita usaha dan berdoa agar niat yang baik ini dapat di bantu juga oleh badan atau agensi lain.

Assalamualaikum w.b.t ,salam sejahtera,salam 1 Malaya…masa yang Allah Ta’ala beri amat bernilai hingga tidak mampu berpatah balik dan di beli.Sekian lama saya mendiamkan diri hampir sebulan lebih kerana banyak terlibat program-program bersama NGO dan aktiviti kemasyarakatan.

Apabila sibuk dengan tugasan ini maka terasa bernilainya masa jika tidak di manfaat sebaiknya.Maha Suci Allah yang Maha Mentadbir Alam Semester ini saya banyak berdepan dengan keadaan rakyat suka dan duka dan syukur sekali lagi saya dan sahabat-sahabat yang lain saling membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan dan keperhatinan hati ke hati.Kami menubuhakan satu pergerakan yang terdiri daripada golangan muda.

Kami melaksanakan tugas-tugas kami dengan penuh santai ,tenang, menyeronokan dan yang amat penting untuk kami adalah silaturahim.Tiada kekuatan melainkan bersatu padu,bekerjasama saling bantu membantu.Ingin saya memperkenalkan nama pergerakan kami ialah SPIDOX team of bloggers.Pasukan ini adalah menjana pembangunan ICT untuk golongan muda agar celik tentang media era baru.Disamping itu SPIDOX juga meluangakan masa untuk berkebajikan,bersukan,majlis ilmiah,motivasi diri dan bermasyarakat.

Kami menerima sesiapa saja apa jua latar berlakang seseorang atau agensi asalkan mahu memberi komitmen yang tinggi.Untuk maklumat lanjut layari http://www.spidox.blogspot.com/ semoga saudara-saudara sekalian turut mengikuti langkah ini agar bangsa kita dan Negara kita aman sejahtera di berkati Allah S.W.T



1 komentar:

Unikversiti mengatakan...

Salaam. Memang satu amal yang murni dan semoga diberkati Allah

Dan semoga orang2 yang lebih duit di luar sana tidak segan silu mengikut contoh tauladan seperti ini.

Adakah kita tenang dengan bermewah2 dengan harta benda sedangkan di luar sana ramai yang susah dan lapar? Dan kebanyakannya adalah saudara sesama Islam kita

:)