KETUA KAMPUNG APA DAH JADI....

Salam buat pembaca blog,.masa yang agak lama saya tidak bersama laman blog ini namun pelbagai cerita saya tempuhi dimerata tempat khususnya di kampung-kampung.Apa yang menjadi tanda tanya adalah mengenai kesungguhan pemimpin-pemimpin yang di lantik untuk menjaga kampung-kampung ini untuk melaksanakan amanah yang di beri.Ada yang bagus...dan ada yang kurang bagus..dan yang paling teruk ada yang tidak bersyukur.
Pemimpin Kampung yang tidak bersahsiah sebagai pemimpin amat memerbahaya kepada masyarakat kerana tindak tanduknya begitu nipis kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Dimanakah silapnya???...hendak kata tidak ada sokongan padahal menang bertanding atas sokongan,sudah menang kemudian di lantik jadi ketua kampung masyarakat kampung pulak "pulaukan" apa yang sudah terjadi?..apa yang sayatelitikan di sini adalah kerana sikap yang tidak jujur,tidak amanah,tamak menguasai apa jua bidang,membuat keputusan sendiri tanpa mendapat persetujuan AJKnya,mencari peruntukan wang untuk perbelanjaan peribadi,mengherdik hina pemimpin atasan jika habuan tidak dapat dan yang paling teruk sikap "merancang" untuk menjatuhkan golongan-golongan muda yang cerdik pandai di kampung.
Adakah pemimpin atasan sedar dengan sikap segelintir ketua kampung ini?..sedangkan mereka ini harus faham dasar yang kerajaan mahu untuk rakyat di utamakan.Saya percaya pimpinan kerajaan sudah membuat dasar yang bagus namun yang merosakan dasar ini adalah segelintir pemimpin bawahan yang sentiasa dahagakan "duit" untuk laksanakan amanah...subhanallah adakah ini corak pemimpin islam?..kenapa tidak kayakan hati dengan sifat-sifat yang mulia ini adalah eset berhadapan dengan masyarakat dan inilah yang dikatakan Modal Insan.

Bukan senang menjadi pemimpin jika niat awalnya mahukan "duit" maka jadilah ia pemimpin tetapi rosaklah kerana "duit".Jika awalnya berniat kerana amanah Allah SWT saya percaya dan yakin apa saja kerjanya menjadi ringan kerana rezeki Allah dan mendapat sentuhan amal dari masyarakat kampung untuk bekerjasama.Wahai Ketua Kampung!!! sedarlah tentang amanah jika "duit" itu menjadi beban maka letaklah jawatan pergilah berniaga dan sebagainya,renunglah kebelakang sekejap tanyalah pada diri dan hati adakah kalian sempurna dan semulia-mulia hamba Allah?...yang tidak ada buat silap dan cacat celanya pada orang kampung?..bersihkan hati kerana dalam hati terlalu banyak jenis penyakit yang mana tanpa diri sendiri menyedarinya,..ilmu agama yang ada didalam dada itu jangan sampai hilang dan layak hanyak berkata-kata sahaja namun akhlak tidak mencerminkannya.

Ini amanah Allah bukan amanah hawa nafsu yang boleh buat sesuka hati.Jangan sampai Allah menurunkan ujian berat hingga sempit suasana dan keadaan hidup tanpa jalan dan terus tersungkur.Ingatlah pemimpin-pemimpin ini AMANAH ALLAH SWT IKUTILAH CARA NABI MUHAMMAD SAW sudah pasti terjamin selamatnya dunia dan akhirat.Alhamdulillah masih ada segelintir lagi Ketua Kampung yang turun padang dan melaksanakan amanah dengan baik moga Allah membantu mereka yang benar-benar berhati mulia.

Tidak ada komentar: