Salam perkabaran umat melayu sekalian.Saya sebagai pemegang amanah ini bersama sahabat-sahabat lain menjemput kalian ke KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN RAKYAT.Bertempat di Arena Square Pengkalan Bahru,Pantai Remis Perak.Karnival ini adalah amat bermakna untuk kita semua yang mencintai budaya,kesenian bangsa.Untuk keterangan lanjut layari http://www.pesada.webs.com/
sesetengah bangsa kita ini adakalanya memperlekehkan kesenian dan budaya sendiri.Mengapakah ini terjadi? golongan ini sebenarnya amat jahil dan miskin perjuangannya,walaupun pemimpin itu sebagai ketua badan persatuan melayu dikawasan berkenaan namun cara dan tindakan yang mereka anggap baik dan bagus itu rupa-rupanya umpama menjerat leher sendiri.Seumpama Karnival ini pada mulanya peruntukan sudah diluluskan oleh pihak JASA kawasan berkenaan tetapi telah ditarik semula oleh pihak ketiga(Pemimpin No.1 kawasan Beruas dan beberapa AJKnya) mengambil kesempatan jumlah peruntukan itu untuk digunakan oleh ketua pemimpin berkenaan atas alasan mahu juga adakan program.Namun seluruh warga orang-orang silat mengambil sikap bersabar dan bertekad jika tiada sekali pun bajet ini tetap diteruskan,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Mengapa ini terjadi sedangan pemimpin berkenaan sudah tahu dan dimaklumkan bahawa karnival ini bakal dilaksanakan.Adakah ini sikap ketulenan pemimpin melayu?..minta tolong janganlah mempermainkan orang-orang silat ini,kami bukan golongan yang suka dipolitikkan.Kami tiada takut atau gentar segala bentuk mainan dari orang politik ini,jika mahu tahu langit itu tinggi atau rendah silakan bermain dengan kami.Apa dosa kami hingga diperlakukan sebegini.Apa salahnya perbuatan orang-orang silat ini?..apabila kami katakan bahawa YAB Menteri Besar Perak dijemput hadir,barulah mereka ini bersikap seperti cacing kepanasan dan memberikan semula peruntukan tersebut.
Lihatlah pemimpin itu dan AJKnya adakah mereka melaksanakan RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?..Mereka memperbodohkan orang kampung sendiri dan mempermainkan orang-orang silat.Sedarkah mereka bahawa YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa silat merupakan benteng ke-3 keselamatan negara.Dan kepada YAB Menteri Besar Perak,lihatlah sikap mereka ini hanya berpura-pura taat setia tetapi hakikatnya mencalari nama baik YAB Menteri Besar Perak.Walaupun mereka badan politik sekali pun janganlah sampai melampaui batas.Sedangkan YAB Menteri Besar Perak sering kali mengingatkan...buat kerja,buat keja,buat kerja untuk rakyat,adakah mereka ini dengar saranan itu?
KAMI ORANG-ORANG SILAT SETIA DAN PATUH KEPADA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR IKHLAS KEPADA RAKYAT DAN BUKAN SUKA BERSIKAP BERPURA-PURA.InsyaAllah pada 30.10.2010 ini marilah kita sama-sama menghadiri Karnival ini untuk memeriahkan dan yang lebih penting eratkan silatulrahim.Salam perjuangan dari saya,...benar tetap benar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar