
Seperti biasa keadaan ini orang sentiasa memandang serong dan meluat.Bagi aku apa peduli orang kata,apa peduli hilang kuasa,apa peduli tidak dapat wang,..pokoknya harus lunaskan amanah Ilahi ini.Bagaikan dada ditikam belati tajam jika aku simpan dalam hati perbuatan merosakan bangsa sendiri.Aku ada prinsip tersendiri dan menjadi wadah perjuanganku demi agama,bangsa dan negara.Memang agak sukar untuk merubah apa yang sedia ada namun ini bukan menjadi kekangan untuk aku teruskan perjuangan aku.
Kesetiaan aku kepada pemimpin benar,yang disanggah pemimpin khianat bangsaku.Tanah Melayu cukup hebat kini hilang namanya,orang melayu juga hebat kini hilang hebat keasliannya,kemana semua ini hilang?..hilangnya kerana hancur iman,rosak jiwa dan malapnya hati tiada cahaya nur yang suci.Sekali lagi aku bukan penentang.Aku berjuang tidak siapa akan tahu siapa diri punyai diri dlm tubuhku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar