Melayu yang "tak serupa bikin"...

Dunia melayu amat hebat,hebat pula dimana?...ye aku akur kehebatannye seperti sejarah pada pahlawan-pahlawan negara yang kuat,cintakan tanahair,ilmuan agama yang hebat berjuang sebelum merdeka.Dunia kini tanpa sempadan juga melayu segelintirnya amat hebat...hebat "tang mana"?...jika mahu melihat bukti pergilah kedai kopi warong-warong kampung,pekan dan bandar anda akan jumpa sejenis kelompok ini.

Mereka ini umpama jiwa taksub,jiwa kemegahan,jiwa menguasai,jiwa munafik.Satu situasi yang kita merasa hairan hingga hal negara pun mereka tahu segala apatah lagi hal-hal kawasannye umpama "Raja Segala Pandai" dan yang paling hebat mengumpat,herdik,pertikai orang lain sedangkan tidak tahu kisah sebenar terjadi...inilah makanan jiwanya.Mengapa pilih jalan ini untuk rosakkan hati dan jiwa,mengapa tidak gunakan ilmu yang Allah kurniakan untuk beramal.

Golongan ini biasanya tiada cermin diri untuk tahu kesilapan sendiri,malahan salah orang lain sebesar kuman mereka nampak jelas.Yang menyedihkan apa yang dicakapkan tidaklah sehebat mana apabila rialitinya hampir "2 kali 5" dengan orang yang pemalas dan seperti orang yang mereka katakan itu juga.

Mengapa golongan ini memilih hidup seperti ini? tidakkah mereka berfikir..adakah kecetekan ilmu agama mereka jadi begini atau memang tabiat mereka.

Dalam surah al-Hujurat ayat 12 bermaksud Allah berfirman : "...hai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan sangka-sangka,kerana sebahagian sangka-sangka itu ialah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari aib orang dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain.Sukakah salah seorang kamu,bahawa ia memakan daging saudaranye yang telah mati(bangkainya)?Maka tentu kamu benci memakannya.Takutlah kamu kepada Allah.Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Penyanyang.."

Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)
"

Inilah hukum atau kesan orang islam mengumpat mengata orang lain jelas berdosa perbuatan ini apatah lagi bercakap tetapi tidak buat apa yang dicakapkan..golongan munafik jadinya tanpa disedari.

Aku nasihati diriku dan bangsa seagamaku...lihatlah diri,muhasabahlah diri dimana kemampuan sendiri maka buatlah untuk diri sendir,tidak perlulah menjadi ketam mengajar anaknye berjalan lurus sedangkan ibunya sedang jalan melintang.Mengapa harus mengajar orang sedangkan kelemahan diri terpancar orang lain melihatnya dan menilainya.

Tidak ada komentar: