Cara Yang Salah..Melemahkan Perjuangan

Assalamualaikum w.b.t...salam kepada pejuang yang berjuang dengan Nama Allah.Ramai diantara kita menyebut dan mengakui tentang mereka berjuang kerana Allah dan ilmu islam sebagai senjata unik digunakan.

Betapa besarnya nilai perjuangan jika dilihat disisi Allah jika benar dengan cara dan amalannya.Di zaman Rasullullah SAW jihad amat menitik beratkan kekuatan Rohani dan secara langsung kekuatan Jasmani seseorang dan sesuatau kumpulan atau jemaah.Sudah pastinya kekuatan ini adalah pembersihan hati,menyucikan hati,mengikuti landasan islam serta amalan khusus ditengah malamnya bermunajat kepada Allah.

Apa yang menjadi kesilapan pejuang-pejuang agama,bangsa dan negara pada hari ini samada parti pembankang atau parti pemerintah kerajaan adalah masing-masing mengunakan strategi mencederakan hati sesama muslim dan membuka keaiban sesama muslim.Ini antara faktor besar perpecahan masyarakat islam di negara ini berlaku.Sesuatu bala yang Allah turunkan agar kita berfikir sebab tersiratnya bukan berfikir kerana tersuratnya..dan ramai pemimpin dan rakyat berfikir kerana tersuratnya.

Hari ini ramai pejuang politik negara tidak kira apa parti dan pengikut-pengikutnya mengunakan strategi "Memalukan" .."Mengaibkan".."Maki Hamun"..''Fitnah"..mana-mana individu yang lemah menerima tekanan ini maka itu cara meperolehi kemenangan dalam perjuangan.Persoalan saya,adakah ini perjungan yang Allah sendiri redho dan membawa berkat dan perolehi Rahmat? dan adakah ini cara Nabi SAW berjuang?..Ayuh sama-sama kita fikirkan apa yang sudah kita lakukan dalam perjuangan,adakah menghianati islam,Allah dan Rasul?

Hal ini terlalu ramai yang terlepas pandang..lihatlah suasana masyarakat hari ini sudah berpecah belah dek kerana perang strategi
CARA YANG SALAH..MELEMAHKAN PERJUANGAN.

Nasihat saya kepada diri sendiri terutamanya dan kepada pejuang politik tidak kira mana-mana politik,penulis-penulis bloggers serta puak-puak lain hentikanlah cara yang songsang ini lambat laun akan memakan diri sendiri dan menjahanamkan masyarakat islam dan akhirnya rosak sebuah negara.

Yang amat ketara strategi digunakan adalah mencela sesama muslim,memburukan nama muslim lain untuk kemenangan hati individu bukan untuk negara.Hati yang menerima nikmat nafsu adalah hati fasik dan kemenangan itu adalah berpaling dari kehendak Allah apatah lagi jauh tidak sama perjuangan cara Nabi SAW

Dalam hadis Nabi yang diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Rasulullah s.a.w, pernah naik mimbar kemudian menyeru dengan suara yang keras:

"Hai semua orang yang telah menyatakan beriman dengan lidahnya tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang-orang Islam dan jangan kamu menyelidiki cacat-cacat mereka. Sebab barangsiapa menyelidiki cacat saudara muslim, maka Allah pun akan menyelidiki cacatnya sendiri; dan barangsiapa yang oleh Allah diselidiki cacatnya, maka Ia akan nampakkan kehidupan dalam perjalanan yang jauh." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam:

"Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka keterangan hadis-hadis ini insyaAllah menampakan apa yang kita sekelian umat islam telah lakukan dalam perjuangan masin-masing.Jika kita sudah melakukan maka bertaubatlah kepada Allah.Gunalah cara yang benar,ikhlaskan hati ketika berjuang dan menulis dengan baik untuk perjuangan anda.Tidak perlu kita mengikut jika pihak lawan memaki hamun dan menghina maka pihak satu lagi pun mengunakan cara yang sama untuk balas tindakan,maka inilah virus yang amat besar yang merasuki hati umat islam akhirnya tiada kemenangan di berkati Allah SWT..hanya sementara dan seketika dan akan tiba bala lain menghantuinya.

Selidiklah jika ada pembawa berita...atau maklumat.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan- (Surah Al-Hujurat: 6)

Dan kita harus ingat muslim yang lain adalah saudara kita jua,..cubalah sedaya upaya agar tidak melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya..jika ada silapnya gunalah kebijaksanaan agar selesai sesuatu isu dan tidak sakiti hatinya.

Sabda Nabi shallallahu 'alayhi wasallam:

“Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Taqwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya. (Riwayat al-Tirmizi, kata hadith ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih)

Ikuti sedaya mana mungkin cara Nabi SAW akan selamat dan elaklah dari mengunakan cara Iblis laknatullah atau cara kaum kufar.Moga kita sentiasa di bawah rahmat Allah Azza wa Jalla.

Tidak ada komentar: