Melacuri Islam dengan Kepimpinan

Hal islam sekali lagi gempar Negara dengan penarikan semula keputusan seorang pentadbir No.1 Negeri Kedah YAB Dato Seri Azizan mengenai penutupan pusat hiburan di bulan Ramadhan akan datang.Hal ini di sambut baik oleh mana-mana parti politik dan NGO yang memahami betapa berluasanya maksiat yang berlaku di muka bumi ini.Secara peribadi saya amat bersetuju tindakan tegas ini.

Semua orang tahu bahawa YAB Menteri Besar seorang guru agama yang didikasi namun ujian demi ujian serta cabaran yang menimpa beliau amat perit dan pahit untuk di telan.Beginilah senarionya apabila ilmu islam di alas dengan perjuangan yang tidak menentu maka akhirnya Allah sendiri membuka hijab keburukan niat awal si pemimpin ini.Betapa besarnya Allah Maha Mengatahui segalanya,Allah menceritakan segalanya tentang seseorang hambanya,betapa Allah Maha Pengasih pada hambanNYA yang songsang dalam perjuangan agama bangsa dan negara.

Perilaku yang baik tetapi niat yang bercampur aduk memakan diri kepada YAB MB Kedah dalam isu ini.Beliau tewas dalam menegakkan sesuatu hukum Allah dik kerana desakan kaum kafir yang berada di kelilingnya.Kaum kafir ini tidaklah sekuat mana tetapi jiwa islam itu lemah maka terkulai segala perjuangan.Allah sudah menerangkan dalam Al Quran tentang orang kafir ini dan peranannya hingga hari kiamat.Ustaz-ustaz PAS kamu semua ada ilmu islam tetapi kamu semua tidak layak menjadi pemimpin kerana bukan tidak tahu mentadbir tetapi kamu melukai roh islam itu sendiri atas perbuatan-perbuatan sengaja kamu lakukan padahal kamu tahu itu adalah salah di sisi agama.Allah sudah membayangkan kedudukan kamu,Allah mengambar tahap ketegasan kamu dalam perjuangan..Allah menghantar seorang kafir sahaja menguji kamu maka kamu rebah jatuh terkulai.

Berhati-hatilah dalam perjuangan yang menjujung nama Islam..Allah tidak purus menguji berlipat ganda kerana kamu mengaku tahu segalanya tentang islam.Orang islam harus sedar kejadian ini dan bijak memilih pemimpin yang sebenar dan bukan bertopengkan kewarakan islam yang mencemarkan institusi islam.

Tidak ada komentar: